Ibu, Ayah serta seisi keluarga mahu membuat rumah terbuka juga secara kecil-kecilan pada petang ni. Aku pun turut saja.
Bukan buat apa sangat pun. Ibu cuma buat kek dan karipap. Kak Long buat puding pelangi. Lepas tu kami ramai-ramai gotong-royong buat mee rebus. Letih juga la!
Apabila mendengar berita bahawa pihak berkuasa mungkin menetapkan hari pembaharuan lesen memandu akan ditetapkan mengikut tarikh lahir, aku setuju sesangat. Pada dasarnya memang akan memudahkan untuk ingat.
Tapi bila difikir semula, ramai orang tiak ingat hari lahir mereka juga. Hanya segelintir saja yang ingat dan merayakan hari lahir. Majoriti tak kisah benda!