Sunday 2 October 2011

DAH POKAI

Hari ni baru saja dalam minggu pertama bulan Oktober.  Tapi wang belanja sudah hampir habis.  Teruknya!

Tengah memikir ni!  Macam mana nak menangani masaalah belanja hingga dapat gaji yang akan datang?  Memang sudah pokai!  Huhu.

Thursday 15 September 2011

SAMBUT RAYA MALAYSIA

Ibu, Ayah serta seisi keluarga mahu membuat rumah terbuka juga secara kecil-kecilan pada petang ni.  Aku pun turut saja.

Bukan buat apa sangat pun.  Ibu cuma buat kek dan karipap.  Kak Long buat puding pelangi.  Lepas tu kami ramai-ramai gotong-royong buat mee rebus.  Letih juga la!

Selamat Hari Malaysia

Saturday 3 September 2011

SELAMAT HARI RAYA

Di perayaan yang mulia ini, moga-moga kita terus diberkati.  Kepada saudara dan rakan saya buat ucapan ini.
Selamat
 Hari Raya
 Aidilfitri
MAAF ZAHIR & BATIN

Sunday 31 July 2011

MARI SEMARKKAN RAMADHAN AL MUBARAK

Kita diberkati untuk dapat menyambut bulan Ramadhan yang mulia tahun ini.  Alhamdulillah.
 
Bulan ini menjanjikan ganjaran yang sungguh baik untuk kita.  Jadi marilah kita sama-sama melakukan sebaik terdaya.
 
Selamat berpuasa kepada semua rakan muslimin dan muslimat sekalian.

Wednesday 20 July 2011

PEMBAHARUI LESEN MEMANDU PADA HARI LAHIR

Apabila mendengar berita bahawa pihak berkuasa mungkin menetapkan hari pembaharuan lesen memandu akan ditetapkan mengikut tarikh lahir, aku setuju sesangat.  Pada dasarnya memang akan memudahkan untuk ingat.

Tapi bila difikir semula, ramai orang tiak ingat hari lahir mereka juga.  Hanya segelintir saja yang ingat dan merayakan hari lahir.  Majoriti tak kisah benda!

Saturday 25 June 2011

TERUJA TAPI TAKUT

Seronok la ramai juga rakan bloggers sudi respond.  Rasa teruja gitu.

Dalam pada itu timbul pula rasa takut.  Selepas dah register, udah kata kena be careful dengan N3 sebab ada akta tentangnya.

Aduh.  Kena tapis-tapis la nampaknya!  :(